Thursday, November 6, 2014

Raiamas Guttatus Jeli

Raiamas guttatus, atau panggilan tempatannya, sikang, kurang dipopularkan oleh kaki sukan pancing baik tanah air mahupun luar. Tidak seperti sebarau, toman, dan haruan yang begitu sinonim dengan kaki pancing sehinggakan wujudnya group khas di media-media sosial bagi spesies-spesies tersebut umpamanya Sebarau Hunter, Snakehead Hunter, dan Haruan Hunter.

Berbalik pada ikan sikang, walaupun kurang di jejaki oleh kaki pancing mungkin kerana saiznya yang kecil sekaligus tidak memberikan perlawanan yang diimpikan oleh kaki pancing, ianya kurang diberi perhatian. Namun demikian, ada juga segelintir pemancing terutamanya pemancing layang tergilakan si cilik bermulut luas ini.

Baru-baru ini, gua sekali lagi berkunjung ke Lata Janggut dan Lata Renyok khusus untuk memburu spesies bak ikan trout ini. Trip disertai oleh Pok Loh, Syahrul, Apih, Syafik, Mat Yie, dan gua sendiri. Selama beberapa jam memancing hanya beberapa ekor Raiamas guttatus juvenile sahaja berjaya kami tewaskan manakala Syahrul lebih 'luck' apabila seekor sikang dewasa meligan gewang pencil ofmer bad dog miliknya.  


Singgah di Petronas Jeli membeli bekalan makanan dan minuman

Suasana nyaman pedalaman

Giant millipede atau dipanggil ulat keretapi@ulat gonggok 

Singgah di sungai di kaki Gunung Reng mencuba nasib namun hampa

Acara wajib setiap kali trip memancing - group photo

Lagi ulat gonggok gergasi ditemui

Raiamas guttatus, penghibur jeram pedalaman

Malayan many-tooth, atau ular malayan banyak gigi..he...he

Bolehlah dari kumpau!

Sikang juvenile Pok Loh 

Champion trip kali ini, Syahrul dengan sikang terbesar diperdaya dengan gewang ofmer bad dog dilengkapi dengan double hook AXZ. Syabas!

Sebarau Kubang Pak Hitam

Komplot mengilat sebarau di sekitar Kampung Kubang Pak Hitam. Komplot disertai oleh Pok Loh, Meji, Heri dan gua sendiri. Dua ekor sebarau berjaya kami tewaskan.

Sebarau Pok Loh ini diperdaya menggunakan gewang Senses Kaido Shad

Setelah mencuba sekian lama, akhirnya sebarau dari Sungai Golok berjaya juga gua potretkan 

Gewang rapala shad rap tetap menjadi pilihan sang sebarau  

Kenerak

Ikan kenerak atau dwarf goonch, bagarius bagarius, yang dipancing di Sungai Kelantan. 


Ikan kenerak yang dipancing berumpankan cengkerik
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left