Raiamas guttatus, atau panggilan tempatannya, sikang, kurang dipopularkan oleh kaki sukan pancing baik tanah air mahupun luar. Tidak seperti sebarau, toman, dan haruan yang begitu sinonim dengan kaki pancing sehinggakan wujudnya group khas di media-media sosial bagi spesies-spesies tersebut umpamanya Sebarau Hunter, Snakehead Hunter, dan Haruan Hunter.
Berbalik pada ikan sikang, walaupun kurang di jejaki oleh kaki pancing mungkin kerana saiznya yang kecil sekaligus tidak memberikan perlawanan yang diimpikan oleh kaki pancing, ianya kurang diberi perhatian. Namun demikian, ada juga segelintir pemancing terutamanya pemancing layang tergilakan si cilik bermulut luas ini.
Baru-baru ini, gua sekali lagi berkunjung ke Lata Janggut dan Lata Renyok khusus untuk memburu spesies bak ikan trout ini. Trip disertai oleh Pok Loh, Syahrul, Apih, Syafik, Mat Yie, dan gua sendiri. Selama beberapa jam memancing hanya beberapa ekor Raiamas guttatus juvenile sahaja berjaya kami tewaskan manakala Syahrul lebih 'luck' apabila seekor sikang dewasa meligan gewang pencil ofmer bad dog miliknya.
|
Singgah di Petronas Jeli membeli bekalan makanan dan minuman |
|
Suasana nyaman pedalaman |
|
Giant millipede atau dipanggil ulat keretapi@ulat gonggok |
|
Singgah di sungai di kaki Gunung Reng mencuba nasib namun hampa |
|
Acara wajib setiap kali trip memancing - group photo |
|
Lagi ulat gonggok gergasi ditemui |
|
Raiamas guttatus, penghibur jeram pedalaman |
|
Malayan many-tooth, atau ular malayan banyak gigi..he...he |
|
Bolehlah dari kumpau! |
|
Sikang juvenile Pok Loh |
|
Champion trip kali ini, Syahrul dengan sikang terbesar diperdaya dengan gewang ofmer bad dog dilengkapi dengan double hook AXZ. Syabas! |
No comments:
Post a Comment