Monday, April 7, 2014

Pancingan Sungai Kelantan - Cangka Lulang & Ketuka

Cangka lulang (crystal eyed catfish) dan ketuka (freshwater stingray) antara ikan demersal yang menghuni Sungai Kelantan dan mudah dipancing menggunakan umpan anak udang galah. Kedua-dua spesies ini menjadi buruan segelintir peminatnya kerana kesedapan isinya. Cangka lulang sedap jika dimasak asam pedas manakala ikan ketuka enak dibakar dan dicicah air asam. 

Kadangkala, cangka lulang akan merembat udang yang mengerumuni umpan dedak di mata bom mengakibatkan kejadian seumpama ini berlaku 

Ikan pari air tawar atau lebih glamour dengan panggilan ketuka oleh penduduk setempat 

Antara ketuka terbesar pernah diperolehi di sungai ini

Cangka lulang mudah dikenali berdasarkan ekornya yang hitam dan terdapat garisan putih di tepi hujung ekornya 

Selain dimasak asam pedas, cangka lulang juga sedap jika dimasak tiga rasa

Sunday, March 30, 2014

Santai di Hutan Lipur Lata Tembakah

Sempena cuti persekolahan, gua membawa keluarga beriadah di Hutan Lipur Lata Tembakah. Sementara adik-adik dan mak gua sedang mandi-manda, gua pula ada rancangan sendiri. Apa lagi kalau bukan memancing. hehe. Dengan hanya menggunakan tali tangsi dan mata kail, gua memancing ikan-ikan sungai (gua sendiri tidak tahu nama ikan-ikan tersebut) yang banyak berkeliaran di jeram-jeram Lata Tembakah.

Ketam air tawar yang ditangkap oleh Epi, adik gua

Sambil mandi, sambil memancing


Ikan terbesar yang berjaya gua tewaskan. Sungguh menghiburkan

Dengan menggunakan tali dan mata kail sahaja, henjutan sang ikan dapat dirasa terus pada tangan


Draco/gliding lizard di Lata Tembakah

Bujuk Sulung 2014

Bujuk pertama untuk tahun 2014 berjaya dipotretkan pada tanggal 21 Mac. Bujuk tersebut berjaya diperdayakan dengan spinnerbait jenama Ofmer. Syukran.....

Lesen bujuk sulung 2014 berjaya dipotretkan sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left