Cangka lulang (crystal eyed catfish) dan ketuka (freshwater stingray) antara ikan demersal yang menghuni Sungai Kelantan dan mudah dipancing menggunakan umpan anak udang galah. Kedua-dua spesies ini menjadi buruan segelintir peminatnya kerana kesedapan isinya. Cangka lulang sedap jika dimasak asam pedas manakala ikan ketuka enak dibakar dan dicicah air asam.
|
Kadangkala, cangka lulang akan merembat udang yang mengerumuni umpan dedak di mata bom mengakibatkan kejadian seumpama ini berlaku |
|
Ikan pari air tawar atau lebih glamour dengan panggilan ketuka oleh penduduk setempat |
|
Antara ketuka terbesar pernah diperolehi di sungai ini |
|
Cangka lulang mudah dikenali berdasarkan ekornya yang hitam dan terdapat garisan putih di tepi hujung ekornya |
|
Selain dimasak asam pedas, cangka lulang juga sedap jika dimasak tiga rasa |
No comments:
Post a Comment