Monday, February 17, 2014

Gelama Taman Tengku Anis, Kuala Tak Bai

Desas desus dari pemancing setempat mengatakan ikan gelama sudah mula boleh dipancing. Gua, Apis, Loh serta Yo tanpa membuang masa segera menuju ke Kuala Tak Bai untuk mencuba nasib. Selama beberapa jam kami memancing, hanya 2 ekor gelama sahaja yang dapat dinaikkan. Selebihnya adalah ikan bulus dan ikan duri. Mungkin kemuncak musim memancing gelama masih belum tiba. Kami akan cuba lagi!

Antara hasil tangkapan kami

Menunggu sang gelama menggetu umpan

Senja nan indah di Kuala Tak Bai








Ber-BBQ sambil memancing

Ikan kembung dan sotong bakar. Marvelous!

Wednesday, February 12, 2014

Santai Bersama Sesterian

Roomate gua semasa study di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER), rupanya seorang kaki pancing. Baru ku tahu! Bertambahlah geng pancing Sester. Bukan seorang tapi dua. Pe'e juga mula menunjukkan minat dalam dunia hanyir ini. Bolehlah organize trip Kenyir nanti. Sudah lama tidak ber-fish-low-talk bersama geng-geng, Ajis, Jimi, dan Pali. Gambar di bawah adalah hasil memancing di Kuala Besut sewaktu trip santai bersama Sesterian. Wa caya sama lu!

Belukang, pengacau umpan, dan juga penghibur. Di belakang adalah Pedi, roomate gua. 

Pe'e, orang baru dunia hanyir dengan ikan belukang, merangkap ikan pertama  yang ditewaskan dalam hidupnya.

My master, Syahrul dengan ikan bulus. 



Wednesday, February 5, 2014

Haruan Chinese New Year 2014

Komplot meruan sempena cuti hari raya Cina ini disertai oleh Cikgu Mad, Syahrul dan gua sendiri. Lubuk pilihan kami adalah lubuk puaka Cikgu Mad iaitu lubuk reban ayam. Setelah casting selama 2 jam, 4 ekor haruan berjaya kami tewaskan iaitu 2 ekor oleh Cikgu Mad manakala 2 ekor lagi oleh gua sendiri.

Mama haruan pembuka tirai oleh Cikgu Mad

Spinnerbait AXZ mencakop!

Curut pun curut lah janji tak kumpau!

Haruan terakhir Cikgu Mad ditewaskan menggunakan sesudu yang digabung dengan softplastic

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left