Desas desus dari pemancing setempat mengatakan ikan gelama sudah mula boleh dipancing. Gua, Apis, Loh serta Yo tanpa membuang masa segera menuju ke Kuala Tak Bai untuk mencuba nasib. Selama beberapa jam kami memancing, hanya 2 ekor gelama sahaja yang dapat dinaikkan. Selebihnya adalah ikan bulus dan ikan duri. Mungkin kemuncak musim memancing gelama masih belum tiba. Kami akan cuba lagi!
|
Antara hasil tangkapan kami |
|
Menunggu sang gelama menggetu umpan |
|
Senja nan indah di Kuala Tak Bai |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ber-BBQ sambil memancing |
|
Ikan kembung dan sotong bakar. Marvelous! |
No comments:
Post a Comment