Monday, May 25, 2015

Trip Candat Sotong Sesterian 2015

Trip candat sotong ini dicetus melalui perbualan di dalam group wassap Sesterian Gen-V. Pedi selaku trip organizer telah menempah sebuah bot iaitu bot Abang Din di Kuala Kemasin. Seramai 6 orang ahli komplot menyertai trip candat sotong kali ini. Beberapa orang peserta lagi terpaksa menarik diri atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Dalam trip ini, tidak banyak sotong yang berjaya kami candat kerana lewat sampai ke spot 'sarang sotong'. Mengikut Abang Din, sotong didapati aktif antara jam 6 petang sehingga 9 malam sebelum menutup mulut untuk menjamah candat. Tambahan pula, ada diantara kami yang tewas mabuk laut seawal perjalanan ke spot lagi dek alun yang agak kuat. Apa pun kami tetap enjoy sepanjang trip ini!...Kipidap!!


Senja di Kuala Kemasin, dalam perjalanan menuju ke spot mencandat 

Group selfie ahlul komplot 

"Mentari muncul lagi"

Siang hari kami memancing ikan pula dengan mengaplikasi teknik jigging dan bottom 

Ebek dengan teknik bottom berumpankan sotong hidup yang dicandat pada waktu malam

Semua ebek diperolehi dengan teknik bottom. Nyata umpan sotong hidup lebih power berbanding kepingan besi jig 

Sebahagian sotong yang berjaya dicandat 

Group photo bersama hasil ikan ebek 

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left