Kolam Natural Exotic Fish Fishing Pond yang terletak di Jalan Batu Arang, Kampung Sungai Bakau, Rawang merupakan sebuah kolam pancing komersial yang menyediakan pelbagai spesies ikan exotic kepada kaki pancing. Ikan-ikan seperti asian redtail catfish, amazon redtail catfish, alligator gar, mekong catfish, malah arapaima turut ditempatkan di kolam ini demi memenuhi impian kaki pancing berlawan dengan ikan idaman dan mencipta rekod peribadi masing-masing.
Baru-baru ini,gua bersama beberapa orang rakan, Pedi, Pali, dan Ajis berkesempatan mengunjungi kolam ini. Dengan bayaran sebanyak RM100 untuk satu joran selama 3 jam memancing, kadar ini dianggap masih murah untuk kolam pancing 'monster fish' di bandar besar. Kolam ini mengamalkan konsep catch and release. Penggunaan gewang juga dibenarkan dengan syarat hanya single hook sahaja dibenarkan. Selama 6 jam memancing, iaitu 3 jam untuk sesi petang manakala 3 jam lagi pada sebelah malam, kami hanya mampu berpuas hati dengan ikan asian redtail catfish serta toman sahaja. Namun, kejadian perambut meletup dan mainline putus membuatkan kami berjanji untuk melakukan pembalasan dendam di kolam ini suatu hari nanti.
|
Pintu masuk ke kolam |
|
Suasana kolam yang luas dan selesa |
|
Hall of Fame |
|
Umpan anak ikan dijual di sini pada kadar RM1, RM2, dan RM3 mengikut size |
|
Pali in action |
|
Ajis in action |
|
Pedi in action |
|
Pali dengan Asian redtail catfish yang ditewaskannya |
|
Toman trolling. Toman ini menyambar ikan tilapia yang diheret Pedi di tepi kolam sambil berjalan |
|
Seorang pengunjung berjaya menewaskan monster Amazon redtail |
|
Kolam ini didominasi oleh Asian redtail |
|
Ikan ini dilayan selama hampir 20 minit sebelum terkulai di pangkuan |
|
Foul hook ikan dari spesies kap |
|
Pada sebelah malam, Asian redtail lebih galak menjamah umpan |
|
"Puas hati!", katanya Pedi |
|
Asian redtail dianggap penghibur di kolam ini lantaran ianya mudah dipancing berbanding ikan-ikan lain |
|
Semua ikan harus dilepaskan kembali dengan kadar yang segera untuk menjamin survival ikan tersebut |
|
Antara saiz yang mampu melenguhkan sendi-sendi lengan anda! |
No comments:
Post a Comment