Thursday, August 28, 2014

Bungsamran Fishing Trip 2014

Alhamdulillah, trip kami ke negeri jiran telah selesai dengan jayanya. Komplot ini telah dirancang sejak March 2014 dan berlangsung pada 26-27 Ogos 2014.

Trip ini disertai oleh 3 orang komplot (saya, Syafiq dan juga Muslim). Inilah kali pertama kami menjejak kaki ke kolam lagenda ini setelah beberapa tahun bercita-cita untuk ke sana. Perjalanan kami bermula pada jam 0645am dari KLIA2 dan tiba di Don Mueang, Bangkok pada jam 0750am waktu tempatan. Kami terus mendapatkan teksi dari airport ke bungsamran yang mengambil masa selama 30minit.

Kami tiba di Bungsamran pada jam 0900am dan terus membayar bayaran masuk dan mendapatkan guide untuk sesi memancing kami. Pada jam 1000am kami disediakan 1 unit banglo dan guide kami sibuk menyediakan umpan untuk kami.

Permandangan Di Banglo Kami

Umpan dicampak pada jam 1030am. Kami menyewa 2 rod dan kami berpakat untuk bergilir- gilir merasa tarikan mekong catfish. Tak sampai 15 minit, umpan kami sudah disambut oleh ikan pertama kami. Pada pusingan pertama, diberi the keutamaan kepada muslim kerana inilah kali pertama beliau merasa tarikan monster setelah beberapa tahun hanya bermain di kolam2 ikan di malaysia.

Muslim dengan ikan pertama beliau

Tarikkan terus menerus hingga ke jam 5 petang. Setelah jam 5 ptg, guide kami terpaksa mengundur diri kerana perkhidmatan beliau tamat setakat itu sahaja.








Pancingan kami masih diteruskan diwaktu malam dimana tarikkan masih lagi rancak. Kali ini, umpan yang digunakan adalah berbeza, iaitu roti bersama campuran pewangi jagung yang disiapkan oleh tekong kami. Ternyata pada waktu malam, tarikkan ikan lebih mudah berbanding siang dan khidmat guide tidak diperlukan pada waktu malam.





Kami menamatkan sesi memancing pada jam 0600am dan terus menuju ke airports utk pulang ke malaysia.Kami juga tidak melepaskan peluang untuk berfotografi di entrance kolam lagenda ini.



Jumlah tangkapan 27 ekor mekong catfish. Max size 40kg; Min size 14kg.

Akan merancang komplot untuk repeat pada tahun hadapan bagi memburu spesis siamese carp dan mekong catfish bersaiz mega pula.

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left