Sehari dua ini gua mengalami sindrom gila 'ngerek'. Bagi yang tidak tahu, 'ngerek' adalah panggilan orang Kelantan untuk 'casting udang hidup'. Udang hidup di heret perlahan-lahan menyebabkan ianya dipanggil 'ngerek'. Dengan teknik 'ngerek' ini, pelbagai ikan pemangsa boleh dipancing seperti siakap putih, siakap merah, selangat, tetanda, kerapu dan banyak lagi. Di bawah adalah antara hasil gua mengerek di sekitar Kuala Tak Bai, berdekatan Taman Tengku Anis, Tumpat.
|
Hanya ikan-ikan kecil saja yang sudi. Namun, gua berpuas hati selaku beginner dalam arena 'ngerek' ini |
|
Selangat,sumpit,siakap merah, dan tanda, 4 spesies yang berlainan diperdaya dengan teknik 'ngerek' |
|
Sumpit @ archer fish |
No comments:
Post a Comment