Sepanjang Januari ini, gua dan geng juga lebih bertumpu kepada bottom di Sungai Kelantan. Sudah sedikit jemu dengan casting kerana terlalu kerap kumpau. hehe...Oleh itu, acara bottom menjadi pilihan kami ketika ini. Gambar-gambar di bawah adalah antara hasil membottom kami di Sungai Kelantan sepanjang bulan Januari ini.
Cangka lulang rempit by my master, Syahrul |
Renew lesen cangka lulang untuk tahun 2014 |
Field tester Mustad, Mr Yusri dengan udang galahnya |
Udang galah sulung tahun 2014 |
Cangka lulang mudah didapati di Sungai Kelantan dan senang dipancing jika kena dengan tekniknya |
Udang galah jumbo ini hampir menerbangkan joran Amir |
Gaya setiap 'bottom-angler' di Sungai Kelantan menunggu sang udang atau ikan menggetu umpan |
Cangka lulang 'table size' selamat didaratkan walaupun lekat di celah batu semasa berlawan dengannya |
No comments:
Post a Comment