Friday, January 31, 2014

Sungai Kelantan Selepas Tengkujuh

Berlalu sudah musim bah di Kelantan. Banjir mulai surut. Air Sungai Kelantan yang keruh bak air teh susu kini mulai jernih sedikit menandakan musim memancing di Sungai Kelantan telah bermula. Masa keemasan ini sudah semestinya dinanti-nanti oleh setiap kaki pancing terutamanya kaki 'mengail tenggalan' dan udang galah.

Sepanjang Januari ini, gua dan geng juga lebih bertumpu kepada bottom di Sungai Kelantan. Sudah sedikit jemu dengan casting kerana terlalu kerap kumpau. hehe...Oleh itu, acara bottom menjadi pilihan kami ketika ini. Gambar-gambar di bawah adalah antara hasil membottom kami di Sungai Kelantan sepanjang bulan Januari ini.

Cangka lulang rempit by my master, Syahrul

Renew lesen cangka lulang untuk tahun 2014

Field tester Mustad, Mr Yusri dengan udang galahnya

Udang galah sulung tahun 2014

Cangka lulang mudah didapati di Sungai Kelantan dan senang dipancing jika kena dengan tekniknya

Udang galah jumbo ini hampir menerbangkan joran Amir 

Gaya setiap 'bottom-angler' di Sungai Kelantan menunggu sang udang atau ikan menggetu umpan

Cangka lulang 'table size' selamat didaratkan walaupun lekat di celah batu semasa berlawan dengannya

Sunday, January 12, 2014

Misi Lesen Sikang

Pada trip memburu sikang yang pertama, misi gua untuk mendapatkan lesen sikang nyata gagal. Justeru, trip kedua diatur untuk menjayakan misi peribadi gua ini. Bersama-sama 2 orang caster dari Pasir Mas, Wan Yie dan Pok Loh, kami menuju ke Jeli seawal jam 6 pagi. Beberapa buah jeram dan air terjun di singgah antaranya Cegar Bedil, Lata Janggut, dan Lata Renyok. Pada trip kedua ini, gua akhirnya berjaya mendapatkan lesen ikan yang dikatakan 'rare' dan 'elusive' ini, iaitu ikan sikang. Tahniah untuk gua!..keh...keh...keh

Pok Loh membuka tirai dengan sikang pertamanya

Misi lesen sikang berjaya!

Pok Loh tekun casting

Walaupun mulut sikang agak luas, namun susah untuk hook-up jika menggunakan matakail bersaiz besar

Gewang Ofmer Wonder Pok Loh paling laku di Lata Janggut

Wan Yie dan sebarau berpisah tiada

Salah satu jeram di Lata Janggut

Sebarau Wan Yie ini ditewaskan menggunakan gewang dari jenama K-Ten

Spesimen paling besar trip kali ini oleh Pok Loh

Sesudu mikro senjata utama untuk sikang









Jeram di Lata Renyok

Casting sambil santai menikmati panorama

Best kata Pok Loh



Friday, January 10, 2014

Haruan Bendang Tengkujuh

Bendang atau lebih tepat lagi sawah padi lazimnya akan digenangi air setiap kali musim hujan tiba. Air yang melimpah ini selalunya akan mengaktifkan naluri sang haruan untuk memburu diet utamanya iaitu anak ikan,serangga, dan katak. Bagi kaki mengilat haruan, inilah masa keemasan untuk memburu haruan. Penggunaan gewang katak samaada dari jenis 'jump' atau katak getah begitu efektif untuk memikat sang haruan bendang.


Haruan ini dipercayai digilis oleh jentera pembajak sawah

Demi spinnerbait AXZ, lautan berumput sanggup gua renangi!

Sang haruan tertipu dengan lompatan jump frog


Kegiatan mengaran boleh membawa kepada kepupusan hidupan akuatik

Haruan yang membaham katak getah Bully Wa

Ular air dari jenis 'Puff-faced' cuba membaham ikan puyu yang lebih besar dari badannya

Kejadian gewang katak ditelan habis adalah kejadian biasa semasa memancing haruan terutamanya apabila menggunakan katak getah yang bersaiz kecil

Gewang katak getah jenama Senses cukup berkesan untuk haruan bendang

Saiz 'standard' haruan bendang



Sunday, January 5, 2014

Cangka Lulang, Akhirnya...

Setelah sekian lama gua berusaha untuk mendapatkan lesen ikan cangka lulang (hemibagrus wyckii), akhirnya pada tanggal 3 Januari 2014, gua berjaya menewaskan seekor ikan cangka lulang seberat 1.5 kg. Alhamdulillah! Terima kasih diucapkan kepada sifu bottom gua iaitu saudara Syahrul di atas segala ilmu dan tunjuk ajar.

Ikan cangka lulang Sungai Kelantan berjaya dipotretkan.

Hampir setiap kali turun membottom, Busra pasti akan menewaskan ikan kenerak, layak digelar raja kenerak!

Udang galah penyeri takkala udang-udang kecil galak meragut umpan




Kuala Sabak & Kuala Tak Bai

Trip mengilat ke Kuala Sabak dan Kuala Tak Bai beberapa purnama yang lalu. Keadaan air masih kurang sesuai untuk mengilat sang raja muara, sang siakap. Hanya sang todak dan si kerapu dapat ditewaskan sebagai penghibur.

Kerapu yang dapat dijinakkan di Kuala Sabak menggunakan softplastic

Todak yang menghentam popper Rapala Skitterpop di Kuala Tak Bai

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left