Monday, October 28, 2013

Kenerak Sungai Kelantan

 Lain yang dicari lain yang mengena. Itulah yang terjadi kepada gua dan Syahrul semasa membottom di Sungai Kelantan berhampiran Dataran Air Muleh, Pasir Mas baru-baru ini. Pada awalnya target ikan yang mahu kami cari adalah ikan cangka lulang atau dikenali dengan nama cenulang oleh pemancing setempat. Namun, ikan yang terkena pada pancing kami adalah ikan kenerak!

Kucupan tanda puas setelah mendapat lesen kenerak

Memang tidak terlintas di hati si ikan kenerak yang akan membaham umpan kerana spesies ini semakin sukar di pancing di Kelantan khususnya di jajahan Pasir Mas


Kenerak terbesar seberat 3.7 kg ini ditewaskan oleh Syahrul setelah berhempas pulas memujuknya keluar dari reba persembunyiannya selama hampir 15 minit

Kenerak di sini mudah dipujuk menggunakan umpan anak udang galah atau udang galah betina yang bertelur

Seperti jet pejuang!
Busra kaki casting sebarau yang turut serta membottom berjaya medapat lesen kenerak beliau. Beribu-ribu tahniah!

Syahrul sifu bottom di Sungai Kelantan tidak sah jika tidak berjaya mendapatkan ikan jika turun membottom

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left