Sifu gua, Brader Mizi adalah otai Tasik Raban. Setiap kali kunjungan beliau ke Tasik Raban pasti akan membuahkan hasil. Baru-baru ini beliau telah berkunjung ke Tasik Raban bersama seorang lagi sahabat beliau. Semasa kunjungan tersebut, beberapa ekor ikan sebarau dan toman berjaya ditewaskan oleh beliau dan sahabat beliau.
|
Sebarau pertama Brader Mizi ditewaskan sewaktu matahari baru memancarkan sinarnya. |
|
Toman seberat 3.5kg ditewaskan oleh Brader Mizi menggunakan Rapala Fat Rap. |
|
Sebarau kedua pula ditewaskan beliau ketika sedang berteduh dari panas terik sang mentari. |
|
Giliran sahabat beliau menewaskan sebarau. Juga ketika cuaca panas terik. Siapa kata sebarau tak makan ketika cuaca panas? |
|
Tasik Raban masih kaya dengan toman gadang. Buktinya apabila sahabat Brader Mizi berjaya menewaskan toman seberat hampir 5 kg ini. |
No comments:
Post a Comment