Sunday, May 1, 2011

Tahap Gaban


Trip ni sudah hampir sebulan lamanya. Sudah basi. Gua tak ada semangat nak update sebab trip ni kumpau tahap gaban bak kata Brader Chua. Tapi nasib baik kami pun pemancing tegar tahap gaban. 

Kami mula casting pada pukul 8 pagi. Selepas Abang Mie menurunkan bot beliau serta memasang thruster segala bagai, kami pun mula menjelajah mencari port-port yang dirasakan peacock bass sedang beristirehat. Hampir segenap suak, kelompok teratai, dan alur air kami cuba namun hasilnya tetap zero.

Hanya seekor peacock bass remaja terpedaya dengan gewang Abu Rocket Brader Chua. Trip yang dijangkakan sehingga ke petang terpaksa dipendekkan. Cuaca panas, kami pun panas. 

Mana tak panas, batang hidung ikan pun kami tak nampak. Kata Abang Mie, peacock bass di sini besar-besar. Tapi kalau salah teknik kumpau. Em, mungkin kami salah teknik agaknya. Kami ni bukannya terror sangat macam Abang Mie. 

Kami terpaksa surrender awal. Sambil tunggu Abang Mie datang ambil balik bot beliau, kami casting lagi secara landbase. Dapatlah seekor lagi peacock bass remaja yang ditewaskan oleh Brader Chua menggunakan Megabass Dog-X. 

Kesimpulannya, kumpau tahap gaban adalah lumrah dalam dunia pancingan. Bak kata Abang Mie, “salah teknik memang kumpau”. Justeru, anda perlulah berusaha untuk menjadi seorang pemancing yang tegar tahap gaban. Walaupun kumpau, senyumlah sentiasa, kerana esok masih ada. -PEACE-

Lombong yang kami terjah.

Walaupun kumpau namun masih mampu tersenyum. Inilah etika penting seorang pengilat tegar.

Brader Mizi dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi botman.

Peacock bass penyeri di kala duka.

Hasil semasa landbase seekor lagi peacock bass remaja.

No comments:

Post a Comment

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left