Lu orang pernah mancing belut? Kalau tak pernah kena rasa walau sekali. Best wa cakap lu. Serius.
Pada tahun 2009 gua berkesempatan merasa penangan tarikan si belut ni di Besut. Gua ke besut pada masa tu untuk berkhemah dan ber-bbq bersama kawan-kawan gua. Tapi gua pergi sehari lebih awal untuk menyediakan segala peralatan untuk berkhemah dan bbq nanti . Sebelum bermalam di tepi pantai keesokannya, gua tidur di rumah salah seorang kawan gua, Paih.
Semasa lepak bersama Paih dan keluarganya, mereka membuka cerita tentang pancingan belut yang sedang giat di kampung mereka. Gua begitu teruja mendengar perbualan mereka. Gua lantas merisik kawan gua, Paih untuk mencuba kalau berkesempatan. Bukan senang beb nak jumpa dan belajar cara memancing belut ni. Rugi kalau gua lepaskan peluang ni.
Paih yang sporting mula memberi sinar harapan kepada gua. Katanya kalau sempat kami boleh memancing pagi esok. Sah gua tak dapat tidur lena malam ni!
Umpan
Keesokkannya, gua bangun awal gara-gara terlebih semangat nak memancing belut. Sebelum kami turun ke kawasan sawah, kami mencari umpan terlebih dahulu. Umpan pilihan kami ialah cacing. Menurut Paih, belut tidak terlalu memilih umpan. Pelbagai jenis umpan boleh digunakan untuk menjerat belut selain cacing seperti perut ayam, ikan gupi, atau cengkerik.
Kami memilih untuk menggunakan cacing kerana ia mudah didapati dan yang paling penting ia adalah percuma. Gua dan Paih menggali cacing di belakang rumah beliau sahaja. Apabila merasakan umpan sudah mencukupi, kami harus menyediakan peralatan untuk memancing pula.
Peralatan
peralatan yang digunakan untuk memancing belut amat ringkas. Apa yang diperlukan cumalah tali tangsi dan mata kail. Tali tangsi yang digunakan perlu agak kasar sekitar 30-50lb. Panjang yang diperlukan pula adalah sedepa atau lebih mengikut keselesaan pemancing.
Tali tangsi yang telah siap diikat dengan mata kail dipegang di tangan pemancing tanpa joran. Namun, ada sesetengah pemancing lebih selesa menggunakan joran yang diperbuat daripada buluh atau ranting kayu sepanjang 2 kaki. Kami pula hanya melilit-lilitkan tali tangsi tersebut pada tangan kami tanpa penggunaan joran.
Misi Bermula
Setelah segala persediaan selesai, kami pun menuju ke kawasan sawah padi yang dikatakan menjadi banglo si belut beristirehat. Komplot memburu belut ini disertai oleh empat orang iaitu gua sendiri, Paih dan dua orang sepupu Paih yang masih bersekolah rendah. Walaupun mereka masih kecil, tetapi mereka lebih berpengalaman daripada gua dan Paih sendiri dalam arena memancing belut ini.
Kawasan yang didiami belut bukanlah sawah-sawah padi sebaliknya parit-parit kecil yang digunakan untuk mengairi kawasan sawah padi. Apabila musim kemarau, parit-parit ini akan surut dan kita boleh berjalan di laluannya. Keadaan yang berselut menjadi tempat kegemaran belut menghendap mangsanya.
Kawasan sawah padi yang menjadi sasaran kami pada kali ini tidak berapa jauh dari rumah Paih. Oleh itu, kami hanya berjalan kaki menuju ke sana. Selipar di tinggalkan di batas sawah terlebih dahulu kerana kami akan meredah selut dan lumpur untuk mencari lubang sang belut.
Kaedah Memancing Sang Belut
Cara yang digunakan untuk memancing belut ini adalah dengan berjalan di laluan parit-parit ini dan mencari lubang-lubang yang dikatakan menjadi sarang belut. Setiap lubang yang dijumpai akan diuji dengan mengunjun umpan di permukaan lubang sang belut. Dan jika lubang tersebut berpenghuni, umpan kita akan direntap ganas ke dalam lubang oleh penghuninya.
Pertama kali umpan gua dihenjut sang belut ke dalam lubangnya membuatkan gua sedikit terperanjat. Bunyi seakan-akan ‘cupp’ terhasil apabila sang belut menyedut umpan kita di permukaan lubangnya dan di bawa lari jauh ke dalam lubangnya.
Apa yang perlu kita lakukan setelah umpan kita di sedut sang belut ialah dengan membiarkan seketika untuk memastikan belut tadi telah memakan umpan kita dan mata kail tertancap kemas dimulutnya. Selepas itu, kita perlulah menarik dengan perlahan-lahan dan apabila merasa belut tadi melawan, kita perlu membiarkannya. Apabila ia berhenti, tarik kembali perlahan-lahan sehingga ia keluar dari lubangnya.
Perkara yang menarik serta membuatkan pancingan belut ini seronok adalah ketika ia menyedut umpan ke dalam lubangnya dan juga ketika adegan tarik menarik berlaku antara pemancing dengan si belut. Kita tidak akan tahu bila sang belut akan merentap umpan kita dan apabila ia berbuat demikian kita akan terperanjat seketika. Kemudian, semasa proses menarik keluar belut dari lubangnya juga begitu mengujakan di mana kita akan terasa seperti ada sesuatu yang besar dan kuat sedang berada di hujung tali kerana tarikan belut memang begitu luar biasa kekuatannya walaupun yang bersize kecil.
Sup Belut
Sepanjang 2 jam memancing belut, kami berjaya menjerat sekurang-kurangnya 10 ekor belut. Dan gua sendiri berjaya mendapatkan 2 ekor belut. Lesen memancing belut gua beb. Melalui Paih, gua mendapat tahu bahawa kedatangan gua agak lewat kerana kebanyakan lubang-lubang belut telah pun kosong dibelasah penduduk tempatan yang lain sejak seminggu yang lepas. Menurut Paih lagi, jika ketika itu memancing selama 2 jam, mereka mampu mendapatkan belut sekitar 4-5kg seorang!
Belut-belut yang kami pancing tadi di siang oleh adik Paih dan dibuat sup. Ini merupakan kali pertama gua merasa sup belut. Kesedapannya tidak perlulah gua ceritakan. Anda diluar sana harus mencubanya sendiri.
Selain isinya yang agak manis dan lembut, kita juga telah sedia maklum bahawa belut mempunyai khasiat-khasiat tertentu yang boleh membawa kepada kesihatan tubuh badan kita. Sekarang apa lagi, cara memancing belut sudah pun tahu, jom memancing belut!
Paih merangkap sifu belut gua dengan hasil belut pertama beliau. Beliau kini berada di New Zealand melanjutkan pelajaran. |
Rata-rata belut yang kami perolehi hanya bersaize sebesar ini. |
Lesen belut pertama gua sepanjang terlibat dalam arena memancing. |
Pada kunjungan gua, sawah padi baru saja dibajak sebelum benih padi disemai. |
Gua sedang memujuk belut untuk keluar dari sarangnya. |
Sang belut akhirnya berjaya dihela keluar. |
Begitu mengujakan setelah belut kedua berjaya ditewaskan. |
Begitu sukar untuk menariknya keluar dari lubang walaupun sebesar ini. Cuba bayangkan kalau terkena yang sebesar lengan. |
Walaupun masih kecil, namun begitu mahir menjejak lubang belut. |
Dua beradik ini menjadi mentor gua memancing belut. |
Belut-belut yang dipancing dibuat sup dan dimakan semasa masih panas. Penangan sup belut ini masih gua ingat sampai hari ini. |
Obat Benjolan Di Bibir
ReplyDeleteObat Radang Telinga AnakObat Benjolan Di Bibir
Obat Radang Telinga Anak
Obat Benjolan Di Langit Langit Mulut
Obat Bisul Di Ketiak
Obat Radang Hidung
Obat Radang Hidung
Obat Alami Cedera Lutut
Obat Herbal Nyeri Lutut
Obat Hipertiroid Ibu Hamil
Obat Infeksi Rahim Pasca Kuret
Obat Benjolan Di Langit Langit Mulut
Obat Bisul Di Ketiak
Obat Radang Hidung
Obat Radang Hidung
Obat Alami Cedera Lutut
Obat Herbal Nyeri Lutut
Obat Hipertiroid Ibu Hamil
Obat Infeksi Rahim Pasca Kuret