Friday, November 27, 2015

Tasik Hijau Kembali Berpenghuni!

Setelah setahun berlalu sejak aktiviti menimba ikan dilakukan di Tasik Hijau, akhirnya tasik ini kembali berpenghuni. Ikan-ikan yang baru mendiami Tasik Hijau ini dipercayai memasuki tasik ini semasa bah kuning yang melanda negeri Kelantan pada Disember 2014 yang lalu. Tasik ini juga semakin luas berbanding sebelumnya disebabkan aktiviti mengorek tanah yang rancak dilakukan sejak awal 2014. Percubaan mengilat untuk menduga ikan yang baru masuk ke tasik ini membuahkan hasil yang positif.

Kolam-kolam baru yang bersambung dengan kolam utama mula terbentuk akibat dari aktiviti mengorek pasir. Dapat dilihat dalam gambar diatas jentera berat yang digunakan untuk mengorek pasir. 

Kamal yang berjaya menewaskan toman ini mengesahkan ikan kembali menghuni Tasik Hijau selepas hampir setahun menyepi dek lantaran aktivi menimba ikan. 

Sebarau juvenile yang begitu galak menghambat anak-anak ikan di tepian tasik tertipu dengan gewang Senses Savior 50s

Kehadiran sebarau juvenile dengan banyaknya di dalam Tasik Hijau menggembirakan kami. 

Mama haruan ini sedang menjaga anaknya di kawasan air cetek di kawasan tanah yang baru digali sebelum datang 'katak' kuning mengacau kawanan anaknya.

Jump frog An, solid hookup!...Mama haruan ini dilepaskan semula untuk disatukan kembali dengan anaknya. 

Saturday, September 26, 2015

Rohu Kolam Seterpa

Setelah menuntut ilmu mengolam di Bungsamran, Bangkok, Pedi cuba mengaplikasikan di kolam tempatan, kolam memancing Seterpa. Bak kata pepatah, lain padang lain belalang, begitulah terjadi kepada Pedi, teknik dan taktik mengolam dari Bungsamran gagal memikat ikan kolam lokal. Akhirnya, resepi dan kaedah lokal terpaksa dipelajari dari pemancing regular disitu. Seekor rohu akhinya berjaya ditewaskan sebagai pengubat kekumpauan.

Rohu akhirnya terpikat dengan kaedah dan resepi lokal

Saat girang seorang pemancing

Pedi melayan rohu sulung beliau di kolam Seterpa dengan penuh hati-hati 

Sang rohu dapat dihela ke tepi 

Bravo bro!!!

Friday, August 14, 2015

Projek Keli Ramadan 2015

Setiap kali tiba bulan Ramadan, aktiviti memancing ikan keli pada waktu malam selepas solat sunat terawih menjadi acara wajib setiap tahun. Seusai solat terawih, gua bergegas ke kedai akuarium Boy Tan di Kg Jias untuk membeli umpan cengkerik. Antara port yang selalu gua dan rakan-rakan lepak memancing keli adalah di parit Kg Pauh. Di situ ada sebuah jambatan kecil yang agak selesa untuk kami melepak sambil memancing keli. Tambahan pula di sini terdapat lampu jalan menyebabkan suasana sekitar jambatan kecil ini agak terang. Selain keli, udang galah juga boleh di pancing selain ikan-ikan lain yang kami anggap pengacau seperti lampam, merah pipi, tilan, dan lain-lain.

Ikan tilan yang mempunyai corak yang menarik di badannya

Keli yang ditewaskan oleh Syahrul 

Kecik pun kecik lah janji namanya ikan keli

Ikan keli saiz 'rm6 bazar ramadan' 

Cerah dengan merah pipi yang mencuri umpan cengkerik 

Selain mengail keli, ada juga di kalangan kami mencuba memancing udang galah dan inilah hasilnya

Keli terbesar Projek Keli Ramadan 2015 disandang oleh Sopi dengan keli seberat 2 kg 

Sopi, seorang pakar menjejak keli

Ikan tilan ini dilepaskan semula setelah sesi bergambar 

Pok Loh gembira apabila berjaya menewaskan si keli cinonit ini 

"Best", kata cerah sambil menggigit joran!

Jika di Sungai Kelantan, udang sebesar ini efektif digunakan sebagai umpan untuk belida atau cangka lulang 

Specimen udang galah terbesar Projek Keli Ramadan 2015 pula disandang oleh Syahrul. Beribu-ribu tahniah!

Merah Pipi mempunyai ekor yang menyerupai sebarau

Syawal yang asyik melayan lampam menggunakan umpan roti berjaya menjerat beberapa ekor ikan lampan bersaiz sederhana

Untuk menambahkan keterujaan semasa melayan keli, set joran udang digunakan untuk memancing keli

Baby keli ligat meligan umpan cengkerik yang dihulurkan 

Lagi-lagi merah pipi yang mencuri umpan

Pelawat yang datang melawat, ular lidi @ bronzeback snake

Pancingan santai pada bulan Ramadan akan diteruskan oleh kami pada tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah. 
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left