Sunday, December 15, 2013

Hutan Simpan Royal Belum

Hutan simpan Belum atau 'The Royal Belum' yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak merupakan antara hutan dara yang tertua di dunia. Dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun, 'The Royal Belum' menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna termasuklah bunga terbesar di dunia, bunga pakma atau Rafflesia. Selain itu, Hutan Simpan Royal Belum juga dihuni oleh lebih dari 10 spesies burung enggang serta lebih 274 spesies burung.

Hutan Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum (bawah) dan Hutan Simpan Belum (atas). Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Bagi kaki pancing, Hutan Simpan Royal Belum begitu sinonim dengan spesies-spesies ikan yang mendiami tasiknya seperti sebarau, toman, kelah dan sebagainya. Setiap kaki pancing menjadikan Hutan Simpan Royal Belum destinasi wajib untuk dikunjungi walau sekali seumur hidup.

--TAMAT PROMOSI--

Kunjungan sulung gua ke Royal Belum baru-baru ini berjaya diabadikan dalam diari hidup gua. Trip mengilat selama satu hari itu disertai oleh beberapa orang rakan caster dari team Pasir Mas Caster (PMC) serta 3 orang guide bertauliah yang tidak dapat dinafikan lagi kepakaran serta pengalaman masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat!


Lesen sulung Royal Belum. Hampala Macrolepidota!

Si kecik yang garang

Di belakang gua adalah guide bot gua, abang Man atau mesra dipanggil Chek Pom

Apis dengan sebaraunya

Semua sebarau ditewaskan menggunakan sesudu atau spoon atas nasihat guide berikutan ikan kurang bermain di permukaan air

Sebarau Shuri juga ditewaskan menggunakan sesudu

Apis berjaya mengoda ikan kepar ini menggunakan jig. Syabas!
 

Wednesday, November 20, 2013

Ketuka & Kenerak

Kebelakangan ini,gua lebih banyak bertumpu pada pancingan kaedah bottom di Sungai Kelantan. Bukannya sudah jemu dengan casting, namun disebabkan ketandusan port-port casting yang marvelous di sekitar Pasir Mas ini disebabkan oleh anasir-anasir jahat yang senantiasa berusaha merosakkan ekosistem. Lagipun pancingan bottom ini sebenarnya lebih kepada santai-santai diwaktu petang sahaja sambil lepak dan berbual kosong bersama rakan-rakan. Kebelakangan ini juga, pancingan bottom lebih memberi 'luck' berbanding casting. Antara ikan yang selalu kami dapat adalah ikan kenerak dan juga ketuka (pari sungai) selain udang galah yang menjadi target utama kami.

Busra bersama lesen ketuka miliknya

Yo yang begitu arif dengan teknik pancingan sungai merangkap sifu gua bersama kenerak juvenile yang ditewaskannya

Baung tikus yang mencuri umpan udang galah

Ikan belukur pasir juga dianggap spesies pengacau ketika memancing udang galah

Ketuka ini mencuri umpan udang galah milik Abang Lan 

Busra sekali lagi berjaya menewaskan sang kenerak. Memang ada ong ini orang!

Kenerak dan Ketuka, antara spesies demersal yang mendiami dasar Sungai Kelantan

Udang Galah berlumut atau Jenggo sentiasa menjadi buruan kaki pancing jika turun membottom di Sungai Kelantan

Haruan Sepurnama

Agaknya sudah sepurnama gua tidak meng-update blog gua ini. Kesibukan dengan alam realiti menyebabkan gua jarang-jarang berada di dalam alam maya. Di sini, gua sekadar ingin berkongsi beberapa keping gambar untuk tatapan pelayar blog GLC berkenaan aktiviti mengilat gua bersama rakan-rakan sepurnama ini. Enjoy!

Haruan di Kampung Slow Machang dengan gewang River2Sea BullyWa

Softplastic Trigger-X dibaham haruan curut ini 

Dua orang kanak-kanak mendayung bot fiber untuk memasang tembila di Danau Rong Chenok

Cikgu Hamad pose bersama haruannya ditewaskan menggunakan An Jump Frog

Spinnerbait jenama Seahawk ini mempunyai renangan yang cantik dan stabil

Katak moktan jenama Eupro yang ditambah propeller effektif dimainkan di kawasan air yang cetek

Katak palsu vs katak hidup. Siapa lebih hebat??


 
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left