Monday, January 21, 2013

Toman Tasik Jeram Perdah

Toman Tasik Jeram Perdah mengganas lagi! Jika suatu masa dulu toman di sini dikatakan pasif membaham gewang akibat kejutan dari perbuatan mengaran dan mengebom, tapi percubaan gua dan beberapa orang rakan caster, Ab Apis, Syahrul, Saufi, Faiz, dan Amir baru-baru ini boleh dikatakan agak success. Dua ekor toman bersaiz 4kg dan 2.5kg berjaya kami tewaskan manakala beberapa sambaran lagi rabut. Trip susulan akan dibuat untuk menjinakkan lebih banyak toman-toman serta sebarau di sini!

Toman remaja seberat 2.5 kg ini tergoda oleh gelekan Rapala Taildancer


Induk toman seberat 4 kg berjaya dijinakkan oleh Saufi

Sang toman bersama set yang digunakan


Gewang Payo International keluaran negara Korea ini adalah salah satu gewang ekonomi yang efektif selain tahan lasak

Ular tikus (rat snake) yang melintas sewaktu kami sedang asyik mengilat

Saturday, January 12, 2013

Mengilat Musim Tengkujuh

Mengilat di kala hujan renyai-renyai dan kaki di hinggapi pacat dan lintah adalah satu pengalaman yang amat mengujakan. Sebarau dan haruan merupakan target utama bagi kaki-kaki casting sekitar Pasir Mas ketika musim tengkujuh tiba. Ketika ini, ikan terutamanya sebarau dikatakan akan lebih agresif berbanding biasa. Begitu juga haruan yang akan keluar dari jerumun persembunyiannya untuk memburu serangga atau katak yang terperangkap dek air yang melimpah.


Tasik Kwong, tempat yang pernah tersohor dengan toman-toman gadang suatu ketika dulu




Satu-satunya haruan yang tertewas sewaktu kunjungan ke Tasik Kwong ketika musim tengkujuh

Ular daun (Whip snake) ini dijumpai sedang berlingkar di dahan pokok rambai sewaktu dalam perjalanan ke Tasik Kwong

Haruan port Bakong. Haruan ini diambil oleh seorang sahabat untuk tujuan perubatan

Antara hasil di port Bakong

Ibu haruan yang membawa anak ini diperdaya dengan janggut di dalam parit kecil di depan bengkel motosikal

Satu-satunya sebarau yang tertewas ketika musim tengkujuh oleh Saufi menggunakan Siam Spoon.  Kebanyakan port-port tersohor sebarau sekitar Pasir Mas tidak dapat diakses akibat dari banjir

Jalan tanah yang tidak bertar menjadi lembik dan berselut menyukarkan perjalanan 

Paras air Sungai Kelantan melimpah merapati tebing yang paling tinggi


Haruan bersaiz begini amat di nanti-nantikan sewaktu musim tengkujuh

Haruan terbesar gua tewaskan semasa musim tengkujuh

Parit-parit kecik di dalam kebun getah menjadi sarang hendapan sang haruan



Lihatlah betapa gemuknya perut haruan ini menandakan banyaknya makanan untuk haruan semasa musim hujan


Saiz penghibur haruan bendang















Sunday, December 23, 2012

Pancingan Sekitar Kuantan

Semenjak bekerja di Kuantan, gua sempat meneroka beberapa spot memancing. Antara spot yang kerap gua kunjungi adalah spot ikan bulan di pantai Balok selain beberapa spot ikan haruan di kawasan ladang kelapa sawit di jalan menuju ke Jabor. Gua juga ada melakukan kunjungan ke spot-spot yang dikatakan berpotensi untuk mengilat si raja muara, sang siakap iaitu di Kuala Balok, Esplanade Kuantan, dan Kuantan 'breakwater' atau pemecah ombak Kuantan namun masih tiada rezeki. Gua akan terus mencuba!

Walaupun kecil, namun ibu haruan ini sangat garang apabila anak-anaknya dikacau. Haruan ini selamat dilepaskan kembali supaya dapat terus menjaga anak-anaknya.

Spot ini gua dapat tahu melalui sekumpulan kanak-kanak yang sedang memancing ikan keli  didalam longkang di perumahan Balok Permai.

Setelah dua kali miss, si haruan ini masih tidak serik untuk menyambar gewang katak untuk kali ketiga.

Ikan bulan paling kecil yang pernah gua tewaskan.

Spot feveret gua semenjak menetap di Kuantan. Setiap kali turun spot ini pasti tidak menghampakan.

Gara-gara gelojoh berebutkan spinfly, ikan ini terkena di kepala. Kecil-kecil pun banyak samseng ini ikan!

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left