Jumaat, 10 malam, gua, Yo, dan Heri bertolak dari Pasir Mas ke Jeli. Malam itu kami tidur di rumah mertua Heri di Kampung Lawar. Misi kedatangan kami ke Jeli adalah tidak lain tidak bukan untuk mengilat di sungai-sungai pergunungan sekitar jajahan Jeli ini yang terkenal dengan ikan sikang dan sebarau. Rancangannya, jelajah satu demi satu sungai yang dirasakan berpotensi. Heri selaku tuan rumah akan bertindak sebagai guide untuk menjayakan misi kami ini. Selama beberapa jam mengilat di beberapa batang sungai dan jeram, banyak juga sikang juvenile yang berjaya kami bertiga tewaskan, manakala sang sebarau pula tidak semesra sikang. Hanya seekor sahaja sebarau berjaya ditipu dengan lenggokan gewang!
|
Suasana berkabus dan nyaman awal pagi di sungai pergunungan Jeli |
|
Sebarau pembuka tirai diperdaya dengan Senses Savior |
|
Longgokan batu sungai membentuk jeram-jeram kecil merupakan target kami membaling gewang kerana kebiasaannya disitulah kubu hendapan sang sebarau |
|
Sikang, satu lagi spesies buruan utama di sungai pergunungan Jeli selain sebarau |
|
Spoon atau sesudu, senjata paling ampuh untuk si sikang |
|
Spoon Megabass warna hijau yang digunakan oleh Yo ini paling laku untuk sikang di sini |
|
Kecil-kecil cili padi, garang sungguh! |
|
Sikang boleh dilihat mengejar spoon di air yang jernih ini |
|
Spinfly juga didapati sangat efektif terutamanya apabila sikang mula culas dengan spoon |
|
Set ultralight vs sikang |
|
Penghibur sungai pergunungan, terima kasih diucapkan! |