Friday, August 14, 2015

Projek Keli Ramadan 2015

Setiap kali tiba bulan Ramadan, aktiviti memancing ikan keli pada waktu malam selepas solat sunat terawih menjadi acara wajib setiap tahun. Seusai solat terawih, gua bergegas ke kedai akuarium Boy Tan di Kg Jias untuk membeli umpan cengkerik. Antara port yang selalu gua dan rakan-rakan lepak memancing keli adalah di parit Kg Pauh. Di situ ada sebuah jambatan kecil yang agak selesa untuk kami melepak sambil memancing keli. Tambahan pula di sini terdapat lampu jalan menyebabkan suasana sekitar jambatan kecil ini agak terang. Selain keli, udang galah juga boleh di pancing selain ikan-ikan lain yang kami anggap pengacau seperti lampam, merah pipi, tilan, dan lain-lain.

Ikan tilan yang mempunyai corak yang menarik di badannya

Keli yang ditewaskan oleh Syahrul 

Kecik pun kecik lah janji namanya ikan keli

Ikan keli saiz 'rm6 bazar ramadan' 

Cerah dengan merah pipi yang mencuri umpan cengkerik 

Selain mengail keli, ada juga di kalangan kami mencuba memancing udang galah dan inilah hasilnya

Keli terbesar Projek Keli Ramadan 2015 disandang oleh Sopi dengan keli seberat 2 kg 

Sopi, seorang pakar menjejak keli

Ikan tilan ini dilepaskan semula setelah sesi bergambar 

Pok Loh gembira apabila berjaya menewaskan si keli cinonit ini 

"Best", kata cerah sambil menggigit joran!

Jika di Sungai Kelantan, udang sebesar ini efektif digunakan sebagai umpan untuk belida atau cangka lulang 

Specimen udang galah terbesar Projek Keli Ramadan 2015 pula disandang oleh Syahrul. Beribu-ribu tahniah!

Merah Pipi mempunyai ekor yang menyerupai sebarau

Syawal yang asyik melayan lampam menggunakan umpan roti berjaya menjerat beberapa ekor ikan lampan bersaiz sederhana

Untuk menambahkan keterujaan semasa melayan keli, set joran udang digunakan untuk memancing keli

Baby keli ligat meligan umpan cengkerik yang dihulurkan 

Lagi-lagi merah pipi yang mencuri umpan

Pelawat yang datang melawat, ular lidi @ bronzeback snake

Pancingan santai pada bulan Ramadan akan diteruskan oleh kami pada tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah. 

Saturday, August 8, 2015

Kolam Pancing Rekreasi Sekolah Menengah Sains Machang

Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan kolam pancing rekreasi Sekolah Menengah Sains Machang ini. Kolam yang terletak di dalam kawasan sekolah Sains Machang  dan diselia oleh pihak pengurusan sekolah ini terletak di Labok, Machang, kira-kira 5km dari bandar Machang. Ikan-ikan yang menghuni kolam ini terdiri daripada ikan patin, rohu, pacu, dan haruan. Namun, ikan tilapia juga turut dimasukkan oleh pihak pengurusan dengan jumlah yang agak banyak. Justeru, ia menjadi pengacau umpan di kolam ini. Umpan dedak dan roti yang dihulurkan untuk si patin dan pacu laju di habiskan oleh sang tilapia. Di harapkan agar pihak pengurusan kolam dapat melakukan 'pembersihan kolam' dengan membuang tilapia dari kolam ini.

Oleh sebab terlampau banyak tilapia, kami mengambil keputusan untuk melayan tilapia dengan set ultralight. Nak pancing ikan besar pun tiada guna kerana umpan asyik habis dikerjakan sang tilapia. 

Tilapia feeding frenzy. 

Abang Ibrahim seorang penggemar ultralight dengan tilapianya 

Apis yang cuba casting menggunakan softplastic berjaya menewaskan haruan ini. 

Syahrul dengan tilapianya. 

Abang Man, orang yang bertanggungjawab mempromosikan kolam ini kepada umum. Semoga penambahbaikan dapat dilakukan terhadap kolam ini oleh pihak pengurusan agar menjadi sebuah kolam pancing yang tersohor di Kelantan. 

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left