Monday, March 9, 2015

Mengail di Sungai Kelantan Selepas Bah Kuning

Bah kuning yang berlaku di penghujung 2014 telah pun berlalu. Ia meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh negara terutamanya kepada penduduk negeri Kelantan yang menerima kesan yang paling teruk berbanding negeri-negeri lain. Setelah air kembali ke paras normal, kegiatan penduduk berjalan seperti biasa. Begitu juga dengan pemancing, aktiviti memancing sememangnya ditunggu-tunggu selepas bah besar dengan harapan ikan-ikan bersaiz monster akan keluar dari jerumun persembunyian semasa bah besar melanda.


Keadaan kampung berhampiran Sungai Kelantan semasa bah kuning penghujung tahun 2014 baru-baru ini 

Sejenis lipan yang dikenali 'house centipede' berkeliaran di celah-celah rekahan benteng sungai semasa banjir besar

Sungguh cantik warna lipan ini!

Sentiasa berhati-hati semasa memancing terhadap serangga dan haiwan berbisa seperti lipan ini 

Air masih sejuk semasa kunjungan pertama selepas surutnya bah kuning 

Spesies inilah yang diburu oleh pemancing selepas bah kuning selain tenggalan dan udang galah iaitu ikan Patin!

Ular daun atau 'whip snake' yang ditangkap di tebing Sungai Kelantan semasa bah Kuning melanda

Abang Man, seorang anggota polis yang begitu obses dengan ikan patin bersama ikan patin yang ditewaskannya 

Ketuka dan cangka lulang ini ditewaskan oleh Wan Yie. Kedua-dua ikan ini terkena pada mata pancing bom berumpankan dedak yang dikhaskan untuk patin atau tenggalan. 

Hasil sepetang memancing di Sungai Kelatan selepas bah kuning

Selfie di lembangan sungai Kelantan!

Baby patin. Gulai lomak pon sodap!!!
Nuar antara otai patin dan tenggalan di sini bersama patin yang ditewaskannya 

3 ekor patin ini dinaikkan oleh Wan Yie. Ikan patin begitu banyak selepas bah kuning. Tidak dapat dipastikan adakah ianya yang liar atau pun patin sangkar yang terlepas. 

Wan Yie dan cangka lulang miliknya

Patin dan cangka lulang, khazanah Sungai Kelantan yang amat bernilai 

Sunday, March 1, 2015

Riki Lata Kolam

Seorang kawan meng-wassap gua gambar sungai jeram yang sangat cantik. Setelah perbincangan dibuat, kami bersetuju untuk melakukan riki@tinjauan di sungai tersebut. Sungai berjeram yang bakal dikenali dengan nama Lata Kolam adalah sebuah sungai di kaki gunung yang terletak di Jerteh, bakal dibangunkan dan dijadikan tempat rekreasi awam tidak lama lagi. Hasil riki kami mendapati sungai yang masih terpelihara ini banyak dihuni oleh ikan-ikan sungai pergunungan seperti ikan daun,sia, dan tengas. 

Sungai yang cantik sekali!

Lata Kolam, bakal dibuka kepada umum pertengahan tahun ini

Ahlul komplot

Antara ikan yang mendiami sungai di sini 

Segar dari sungai!

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left