Monday, September 1, 2014

Rompin, Bandar Ikan Layaran

Trip kali ini, saya menjelajah ke Kuala Rompin, Pahang. Tujuan kami adalah untuk merasa tarikkan sang layaran. Kami memulakan perjalanan kami jam 10malam dari singapore dan tiba di bandar rompin pada jam 2 pagi.

Kedatangan kami disambut dengan tugu ikan marlin ini di bandar rompin. Kami singgah di challet milik tekong kami, Ah Keong.

Kelihatan juga pemancing dari luar negara yang sanggup menjelajah ke rompin untuk merasa asakan sailfish disini. Amat berbangga menjadi rakyat malaysia.

Speedboat kami telah siap untuk meneruskan perjalanan pada jam 0800am. Kami menggunakan hari pertama kami dengan mencari spesis ikan untuk dibawa pulang ke rumah.



Kami memulakan pencarian di 1st spot iaitu di unjam dimana sangat popular dengan spesis tenggiri yang gemar mencari anak ikan selar disini.

Berbekalkan umpan ikan selar dan kembung yang di tangkap menggunakan sabiki, kami melabuhkan umpan kami dan dibiarkan hanyut dibawa arus.

Teknik yang digunakan adalah menggunakan teknik belon. Dimana leader flourocarbon 30lbs dengan 40lbs mainline serta di letakkan steel coated wire kerana tenggiri amat terkenal dengan kehebatannya memotong tali pancing.

Selang beberapa minit sahaja, umpan kami di rentap oleh sang tenggiri pertama yang berjaya dinaikkan oleh saya seberat 9kg.

Reel: Shimano Saragosa 6000
Rod: Custom Made 'Tongkol Killers'
Main Line: Braided 40 lbs
Leader: 30lbs Flourocarbon + Coated Steelwire
Teknik: Floating Ballon

Asakkan demi asakkan tenggiri kami terima. Nasib berpihak kepada kami kerana pada masa itu tiada bot yang memancing berhampiran kerana kebanyakan pemancing datang ke rompin pada musim ini adalah untuk memburu spesis sailfish.

Pintail, Jig juga menerima asakan yang hebat kerana pada waktu itu adalah waktu frenzy time untuk tenggiri. Jumlah yang berjaya di naikkan sebanyak 5 ekor tenggiri. Terdapat juga asakkan yang membuatkan steel wire burst, dan juga rabut sepanjang hari.

Kami menamatkan sesi kami pada jam 0600 petang dan pulang ke challet kami untuk berehat dah bersedia untuk beraksi pada keesokkan harinya.



Pada hari ke dua, trip kami terbantut kerana boat kami didapati bocor di tengah perjalanan. Oleh yang demikian pemburuan sailfish terpaksa dihentikan.

Akan datang ke rompin untuk sesi membalas dendam terhadap sailfish disnini.

Sekian
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left