Friday, June 27, 2014

Keli Kampung Dangar

Projek mengail santai di malam hari sambil berbual kosong sering terjadi apabila dilanda kebosanan melampau. Projek kali ini berlangsung di sebuah Kampung yang bernama Dangar. Berbekalkan umpan perut ayam, Yo, Piji, Abe Lan, dan gua sendiri ke Kampung Dangar untuk membottom lampam dan keli. 4 jam memancing, hanya seekor lampam dan dua ekor ikan keli berjaya kami tewaskan.

Keli paling besar ditewaskan oleh Piji. Hampir tercampak ke dalam air joran Piji ditariknya

Satu-satunya lampam yang berjaya ditewaskan oleh Yo

Sifu 'bottom fishing' selalu mendapat habuan apabila memancing dasar. Mohon belajar sifu!

Wednesday, June 25, 2014

Mengerek di Taman Tengku Anis @ Kuala Tak Bai

Sehari dua ini gua mengalami sindrom gila 'ngerek'. Bagi yang tidak tahu, 'ngerek' adalah panggilan orang Kelantan untuk 'casting udang hidup'. Udang hidup di heret perlahan-lahan menyebabkan ianya dipanggil 'ngerek'. Dengan teknik 'ngerek' ini, pelbagai ikan pemangsa boleh dipancing seperti siakap putih, siakap merah, selangat, tetanda, kerapu dan banyak lagi. Di bawah adalah antara hasil gua mengerek di sekitar Kuala Tak Bai, berdekatan Taman Tengku Anis, Tumpat.

Hanya ikan-ikan kecil saja yang sudi. Namun, gua berpuas hati selaku beginner dalam arena 'ngerek' ini

Selangat,sumpit,siakap merah, dan tanda, 4 spesies yang berlainan diperdaya dengan teknik 'ngerek'

Sumpit @ archer fish

Monday, June 16, 2014

Mengerek di Kuala Tak Bai

Baru-baru ini gua berpeluang mempelajari dan mencuba teknik casting udang hidup atau lebih popular dengan panggilan 'ngerek udang' di kalangan kaki pancing di Kelantan. Dengan menggunakan udang hidup sebagai umpan yang dicangkuk dengan mata kail pada ekor, udang tersebut dikarau perlahan-lahan umpama menggayakan softplastic. Sasaran utama apabila mengaplikasikan teknik mengerek ini adalah siakap putih namun ikan-ikan pemangsa lain seperti siakap merah, kerapu, dan selangat turut terjerat. Terima kasih gua ucapkan kepada sifu mengerek udang yang banyak memberi tunjuk ajar iaitu Cikgu Mad, Mad Faiza, Yie, dan Cikgu Madi sehingga gua mendapat lesen mengerek. Arigato sensei!

Hasil mengerek udang dari pukul 9 malam hingga 2 pagi di Kuala Tak Bai. Not bad!

Selangat lebih senang terjerat jika mengerek udang pada hari siang berbanding malam

Tiada siakap, selangat pun jadilah!

Tetanda, kerapu dan selangat. Pelbagai jenis ikan boleh dipancing dengan teknik mengerek

Mad Faiza dengan siakap putihnya menggunakan teknik mengerek



Lesen mengerek gua selamat di tiga rasa. Hehe

Siakap merah masak kari terung. Jemput makan semua!

Thursday, June 5, 2014

Udang Galah Sungai Kelantan

Gambar-gambar di bawah adalah antara hasil udang galah Sungai Kelantan yang berjaya dipancing oleh gua dan rakan-rakan sepancingan di lubuk-lubuk udang galah sekitar Pasir Mas. Sila menjamu mata....

Udang galah ini diperdaya dengan umpan cacing di Lubuk Kelar

Hasil sepetang memancing. Apa lagi, megi la jawabnya!

Abang Lan yang mencari anak udang galah untuk dibuat umpan ikan cangka lulang mendapat bonus si udang galah

Selfie bersama udang galah, katanya Yo

Udang galah ditewaskan oleh Yo dengan teknik pancingan berpelampung, satu kaedah yang efektif untuk pancingan udang di sekitar Sungai Kelantan

Saiz-saiz sedap mata memandang

Pertembungan dengan sang ular tidak dapat dielakkan semasa memancing udang galah dari tebing sungai. Berhati-hatilah selalu

Lazimnya, pemancing sekitar Pasir Mas akan menggunakan anak udang galah untuk menjerat ikan cangka lulang dan belida

Wednesday, June 4, 2014

Trip Jigging di Pulau Rhu

Atas ajakan member lama gua, Pedi untuk mencuba teknik jigging, satu trip jigging dibuat dan lokasi yang dipilih oleh Pedi untuk trip ini adalah sekitar Pulau Rhu dan Pulau Perhentian. Trip ini disertai oleh Pedi, Yo dan gua sendiri manakala Abang Zi sebagai tekong. Selama lebih kurang 7 jam memancing hanya ikan kerisi dan baby kerapu yang meligan jig kami. Tiada langsung kelibat ikan besar, kemungkinan faktor keadaan laut yang menjadi puncanya atau kami sendiri yang masih mentah dalam arena jigging. Apa pun kami berpuas hati dengan trip ini dan kami pasti akan 'repeat' lagi.

Baby kerapu ditewaskan oleh Yo

Pedi selaku tuan rumah trip ini bersama kerisi yang diperdaya dengan jig

Lesen kerisi gua menggunakan jig

Yo adalah orang yang paling kerap mendapat strike menggunakan jig

Antara jig yang paling banyak mendapat sambutan adalah jig keluaran Senses dan Opass

Apabila ikan sudah sombong dengan jig, teknik apollo adalah jalan penyelesaiannya

Siakap Seterpa

Suatu tengah hari gua mendapat ajakan daripada Pedi untuk memancing ikan kolam. Dalam kepala gua kolam Seterpa yang terletak di Peringat adalah yang terbaik untuk di duga berdasarkan testimoni daripada rakan-rakan pancing yang pernah ke sana sebelum ini. Dipendekkan cerita setelah persiapan dibuat, gua dan Pedi ke kolam Seterpa untuk memancing ikan siakap. Tapi hanya Pedi seorang yang memancing manakala gua bertindak selaku 'assistant' menyediakan umpan. Selama 3 jam memancing, hanya seekor ikan siakap berjaya Pedi tewaskan seberat 2 kg. Bolehlah daripada kumpau paw paw paw kata Pedi.

Lesen siakap kolam Seterpa Pedi. Bravo bro!

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left