Friday, April 18, 2014

Rekod Cangka Lulang Sungai Kelantan 2014

Rekod peribadi cangka lulang gua akhirnya tercipta dengan tertewasnya cangka lulang seberat 4.2kg. Namun, masih jauh untuk memintas rekod cangka lulang Sungai Kelantan yang ketika ini dipegang oleh Abang Maso iaitu seberat 11kg. Semoga rekod ini berjaya dipecahkan suatu hari nanti!

Rekod peribadi, cangka lulang 4.2kg. Alhamdulillah!

Abang Maso, otai cangka lulang dengan cangka lulangnya seberat 1.4kg. Rekod peribadinya adalah seberat 11kg

Keadaan air sungai yang keruh memberi lebih peluang untuk mendapatkan cangka lulang berbanding air yang jernih

Suasana waktu petang di Sungai Kelantan (Pasir Mas), meriah dengan pemancing-pemancing dari sekitarnya
 

Monday, April 7, 2014

Patin Sungai Kelantan

Ikan patin adalah antara ikan buruan utama pemancing di Sungai Kelantan (sekitar Pasir Mas) di samping tenggalan. Selain memberikan perlawanan yang mengujakan, patin sungai juga mempunyai isi yang sedap untuk dimakan terutamanya apabila di masak asam pedas tempoyak. Antara umpan popular yang digunakan oleh pemancing patin di Sungai Kelantan adalah umpan dedak (bom), perut ayam, dan buah ara. 

Patin seberat 4.5 kg ini memberi tentangan yang sengit selama hampir 30 minit 

Patin liar Sungai Kelantan mampu dijual pada harga sekitar RM15 - RM 20 sekilogram

Patin Sungai Kelantan mempunyai tekstur warna yang putih dan kelihatan jernih pada siripnya

Antara otai-otai patin, Jani dan Juki bersama patin yang ditewaskan oleh Jani

Patin bersaiz 2.5 kg yang dijinakkan oleh Syahrul

Abang Di, orang yang begitu rajin dan tekun memancing patin bersama patin juvenilenya

Antara ramuan yang digunaka untuk membuat umpan 'bom' patin

Hasil setelah ramuan-ramuan di atas dicampurkan dan digaul rata

Pancingan Sungai Kelantan - Cangka Lulang & Ketuka

Cangka lulang (crystal eyed catfish) dan ketuka (freshwater stingray) antara ikan demersal yang menghuni Sungai Kelantan dan mudah dipancing menggunakan umpan anak udang galah. Kedua-dua spesies ini menjadi buruan segelintir peminatnya kerana kesedapan isinya. Cangka lulang sedap jika dimasak asam pedas manakala ikan ketuka enak dibakar dan dicicah air asam. 

Kadangkala, cangka lulang akan merembat udang yang mengerumuni umpan dedak di mata bom mengakibatkan kejadian seumpama ini berlaku 

Ikan pari air tawar atau lebih glamour dengan panggilan ketuka oleh penduduk setempat 

Antara ketuka terbesar pernah diperolehi di sungai ini

Cangka lulang mudah dikenali berdasarkan ekornya yang hitam dan terdapat garisan putih di tepi hujung ekornya 

Selain dimasak asam pedas, cangka lulang juga sedap jika dimasak tiga rasa

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left