Sunday, December 15, 2013

Hutan Simpan Royal Belum

Hutan simpan Belum atau 'The Royal Belum' yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak merupakan antara hutan dara yang tertua di dunia. Dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun, 'The Royal Belum' menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna termasuklah bunga terbesar di dunia, bunga pakma atau Rafflesia. Selain itu, Hutan Simpan Royal Belum juga dihuni oleh lebih dari 10 spesies burung enggang serta lebih 274 spesies burung.

Hutan Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum (bawah) dan Hutan Simpan Belum (atas). Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Bagi kaki pancing, Hutan Simpan Royal Belum begitu sinonim dengan spesies-spesies ikan yang mendiami tasiknya seperti sebarau, toman, kelah dan sebagainya. Setiap kaki pancing menjadikan Hutan Simpan Royal Belum destinasi wajib untuk dikunjungi walau sekali seumur hidup.

--TAMAT PROMOSI--

Kunjungan sulung gua ke Royal Belum baru-baru ini berjaya diabadikan dalam diari hidup gua. Trip mengilat selama satu hari itu disertai oleh beberapa orang rakan caster dari team Pasir Mas Caster (PMC) serta 3 orang guide bertauliah yang tidak dapat dinafikan lagi kepakaran serta pengalaman masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat!


Lesen sulung Royal Belum. Hampala Macrolepidota!

Si kecik yang garang

Di belakang gua adalah guide bot gua, abang Man atau mesra dipanggil Chek Pom

Apis dengan sebaraunya

Semua sebarau ditewaskan menggunakan sesudu atau spoon atas nasihat guide berikutan ikan kurang bermain di permukaan air

Sebarau Shuri juga ditewaskan menggunakan sesudu

Apis berjaya mengoda ikan kepar ini menggunakan jig. Syabas!
 

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left