Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Ke - 56

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke - 56 diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Malaysiaku berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku!


Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat Islam. Semoga beroleh keberkatan daripada Allah SWT.


Tuesday, August 6, 2013

Haruan Ambang Syawal

Lagi dua hari umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Syawal. Sempena cuti hari raya aidilfitri ini, gua dan Saufi pergi mengilat di port-port sekitar Pasir Mas. Lokasi pertama kami terjah adalah sungai Jeram Perdah, dan target kami tidak lain tidak bukan ialah sebarau. Namun hampa, tiada seekor pun sebarau dijinakkan di sini. Kami berpindah ke port kedua iaitu Kampung Siram dan target kami ialah haruan dan bujuk. Namun begitu, kami sekali lagi dihampakan oleh sang penghuni air. Port terakhir kami gempur merupakan kawasan sawah padi yang belum di tanam padi. Di sini, kami akhirnya berjaya memecah badi kekumpauan kami dengan tertewasnya beberapa ekor ikan haruan. Air yang sedikit tinggi berserta rumput-rumput liar yang hidup subur menjadi sarang ideal bagi sang haruan menghendap mangsa.

Haruan pertama Saufi dijinakkan menggunakan jump frog buatan tangannya sendiri yang dijenamakan sebagai 'Fie1212 Jump Frog'

Haruan kedua Saufi juga ditewaskan menggunakan jump frog yang sama 

Haruan bersaiz sebegini mendominasi kawasan sawah padi ini

Saufi sedang bertarung dengan sang haruan

Haruan ini sempat diambil gambarnya sebelum berjaya meloloskan diri 

Haruan sulung dari gua ditewaskan dengan An Jump Frog pemberian seorang sahabat, Meji 


 
This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left