Wednesday, May 22, 2013

Pengilat Jalanan - Road To Kemaman

Minggu lepas gua outstation ke Kemaman atas urusan kerja. Sebagai seorang pengilat tegar, pancing dan kotak gewang sentiasa gua bawa bersama-sama. Sepanjang perjalanan ke Kemaman, gua sempat singgah di  beberapa buah lokasi yang dirasakan berpotensi untuk mengilat. Namun, banyak port yang gua singgah memberikan keputusan yang negatif. Hanya seekor haruan saja yang mampu gua berpuas hati.


Satu-satunya haruan yang tertewas di salah satu lokasi yang sempat disinggah. Port ini terletak dalam daerah Setiu.

Pok kor & mengkarung berebutkan gewang katak kerana menganggapnya sebagai makanan.  

Tebing Tembah, yang terletak di Paka merupakan lokasi ideal untuk mengilat spesies muara jika kena pada waktunya.

Pantai Kerteh, penduduk tempatan di sini lebih gemar bermain Apollo dan candat untuk mencari sotong.

Sangkar yang dibina khas oleh Jabatan Perikanan untuk inkubasi telur penyu yang terletak di Pantai Kerteh. 

Menu 'Road To Kemaman' - Haruan Stim Chinese Style. 

Thursday, May 16, 2013

Lubuk Lunyai

Hari ini gua ada 'bad news' untuk semua pengilat-pengilat sekitar Pasir Mas & Rantau Panjang. Sebelum itu gua ingin bertanya tuan-tuan sekalian, kenalkah tuan-tuan dengan port mengilat yang tersohor dengan panggilan kolam air hijau? atau pun kolam Jeram Perdah. Kalau tak kenal mungkin tuan-tuan orang Besut.

Ok, berbalik pada 'bad news' yang gua ingin storykan dekat tuan-tuan sekalian. Hari ini bertarikh 15 May 2013, setelah seminggu lebih tak turun casting, gua dan dua orang rakan, Apis dan Yo dengan semangat yang berkobar-kobar menuju ke port regular kami, kolam air hijau untuk mengilat. Namun, sesampainya kami ke port tersebut, surpriseeeeeeee!!!!!

*sila lihat gambar, gua sudah hilang mood.

Aktiviti menimba/mengeringkan air sedang dilakukan di sini. Hampeh!

Dua buah jentera digunakan. Hampeh!

Paip untuk menyedut air. Hampeh!


Air yang disedut dialirkan ke parit sebelah. Hampeh!


Pondok yang dibina khas untuk bermalam sementara menunggu air kering. Hampeh!


Paras air mula menurun. Hampeh!

Antara hasil. Hampeh!


Sapu licin. Hampeh!

Frust ke bang?....Hampeh!...Hampeh!...Hampeh!

Sunday, May 12, 2013

Haruan Kuala Jambu

Trip mengilat 'lone ranger' gua di Kuala Jambu dihadiahkan dengan dua ekor haruan. Manakala dua ekor bersaiz monster tidak dapat ditewaskan. Rabut di tengah jalan setelah memberi tentangan yang sengit. Pembalasan sipitung akan dibuat.

Haruan pertama ditewaskan dengan spinnerbait Ofmer

Haruan kedua pula diperdayakan dengan Bullywa - River2Sea

Friday, May 10, 2013

Haruan PRU 13

Hari kedua PRU 13, gua dan Mad berkomplot untuk memburu haruan. Lokasi serangan kami adalah di port reban ayam, salah satu port kegemaran Mad jika mahu memburu haruan. Kolam-kolam yang digali sekitar reban ayam bertujuan sebagai sistem perparitan bagi mengelakkan air bertakung di kawasan reban menjadi sarang sang haruan. Pada petang itu kami hanya mampu menewaskan dua ekor haruan sahaja, seekor oleh Mad, dan seekor lagi oleh gua sendiri. Kedua-dua ekor haruan tersebut disedekahkan kepada pekerja di reban ayam tersebut.


Haruan pertama dari Mad setelah beberapa kali rabut

Gewang katak Nories ditelan habis!

Haruan kedua oleh gua. Haruan blackout PRU 13

Haruan ini terpedaya dengan gewang katak River2Sea Bullywa

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left