Monday, April 29, 2013

Pemburu Haruan

Bermula bulan April, boleh dikatakan musim hujan telah tiba ke penghujungnya. Musim mengilat sebarau juga bertukar suasana. Tidak lagi semeriah sewaktu musim hujan. Kebanyakan kaki mengilat akan fokus pada air masin pula untuk mengilat ikan seperti siakap dan siakap merah. Gua dan rakan-rakan caster juga tidak ketinggalan untuk mencuba nasib di sekitar benteng pemecah ombak dan juga muara sungai untuk menduga siakap terutamanya namun rezeki masih tidak menyebelahi nasib kami. Namun, sebagai alternatif, kami akan turun ke lubuk-lubuk haruan kerana haruan merupakan ikan yang boleh dipancing tanpa mengira musim sama ada musim hujan mahu pun kemarau. Foto-foto di bawah adalah antara haruan yang berjaya kami tewaskan. 

Haruan yang ditewaskan menggunakan spinnerbait keluaran Seahawk

Haruan ini dilihat timbul mengambil udara sebelum softplastic dilontarkan kepadanya

Haruan berskala 1 kg dijinakkan oleh Yo menggunakan spinnerbait

Sang haruan bersama set yang digunakan

Selamat tinggal kawan, semoga jumpa lagi!

Haruan seberat 2 kg ini memberi tentangan yang mengujakan sebelum ditewaskan

Toman, saudara terdekat haruan yang berkongsi habitat turut terjerat

Syurga Bujuk

Bujuk (Channa lucius) merupakan spesies ikan dari keluarga snakehead yang semakin sukar ditemui jika dibandingkan dengan saudara terdekatnya, - haruan dan toman. Baru-baru ini, komplot gua bersama-sama dua rakan caster, Apis dan Yo berjaya menemukan kami dengan lubuk sang bujuk. Lubuk ini boleh dikatakan hampir 90% dihuni oleh bujuk. Semua bujuk yang ditangkap oleh kami bertiga dilepaskan semula ke habitat asalnya untuk menjamin kelestarian populasi bujuk di sini.


Bujuk pertama ditewaskan gua yang pada mulanya disangkakan haruan


Antara hot spot di mana banyak bujuk menyambar softplastic di sini



Ibu bujuk yang mengawal anaknya berang dengan softplastic yang "menganggu" anaknya 

Salah satu gambar yang mewakili semua bujuk yang dilepaskan semula ke habitatnya

Apis tidak berputus asa memujuk sang bujuk setelah beberapa kali rabut

Habuan untuk mereka yang sabar. Syabas!

Laluan untuk menuju ke syurga bujuk

Terpaksa meredah belukar demi sang bujuk!

Bujuk terakhir ditewaskan oleh Yo

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left