Monday, February 18, 2013

Kolam D'bj Kampung Lati

Dua hari lepas gua berkesempatan memancing di kolam D'bj yang terletak di Kampung Lati, Pasir Mas. Kolam ini dibuka kira-kira 3 tahun yang lalu namun baru sekarang gua berpeluang mencubanya. Terima kasih kepada Syahrul, sifu memancing kolam gua atas ajakan dan segala tunjuk ajar ilmu memancing kolam.


senarai harga untuk memancing di kolam ini. Agak berpatutan jika dibandingkan dengan kolam memancing komersil yang lain

suasana kolam yang sangat damai jauh dari bunyi bising kenderaan

kolam ini pada asalnya digali untuk tujuan pembuatan batu bata sebelum di jadikan kolam memancing

Syahrul atau Yo, sifu pancingan kolam gua dengan tangkapan jackpotnya, pacu seberat 6.16kg

teruja pertama kali merasa larian sang rohu

tiga ekor sudah cukup memuaskan hati bagi gua yang masih mentah dalam arena pancingan kolam


penggunaan mata bom yang sinonim dengan pancingan kolam

keli terbesar gua di kolam ini seberat 5.8 kg


keli di sini sangat sihat dan tidak banyak luka pada badan serta sirip


ikan-ikan di sini boleh di bawa balik atau dijual semula kepada pemilik kolam dengan harga yang berpatutan

Wednesday, February 13, 2013

Tasik Kenyir Tahun Baru Cina

Trip sulung Gedebe Lure Caster Team ke Tasik Kenyir pada tahun 2013 sempena cuti tahun baru cina.

Ikan lampam sebesar ini syok dilayan menggunakan set joran udang

Tilan, spesies yang dianggap sebagai pengacau 


Toman terbesar trip anggaran 2.5 kg dipancing berumpankan hirisan ikan lampam


Toman rempit penghibur

Baung mula menjamah umpan takkala malam menjelma



Ikan keli yang turut terjerat menggunakan umpan cacing

Satu-satunya kelah trip pada kali ini

tengas yang disangka kelah pada mulanya


Ikan sungai goreng berlada oleh chef Poman

banyak serangga akan mengerumuni houseboat pada waktu malam kerana cahaya lampu  



para peminat pancingan layang cukup sinonim dengan serangga ini


kupu-kupu yang hinggap ditangan dianggap membawa tuah mengikut kepercayaan orang dulu-dulu













Friday, February 1, 2013

Bottom Vs Casting

Trip gua dan Syahrul membottom dan casting di Sungai Golok. Setelah joran bottom dipasang, kami mula casting. Ikan pertama yang didaratkan adalah melalui teknik casting iaitu sang sebarau oleh Syahrul. Ikan kedua juga ditewaskan melalui teknik casting, juga ikan sebarau. Keputusan semasa bottom 0 casting 2. Kemudian, barulah teknik bottom berjaya mendapatkan seekor ikan iaitu ikan selat. Tidak lama berselang, teknik bottom berjaya menyamakan kedudukan dengan seekor lagi ikan tertewas iaitu ikan lais. Kedudukan semasa masih terikat 2-2 dengan masa berbaki sedikit sahaja lagi sebelum azan maghrib berkumandang. Beberapa minit sebelum senja melabuhkan tirainya, teknik casting berjaya mendapatkan seekor lagi sang sebarau menjadikan kedudukan akhir casting 3 bottom 2 sekaligus menobatkan teknik casting sebagai juara joran emas raja-raja.


Sebarau pertama oleh Syahrul menggunakan spoon Bakau  

Sebarau kedua oleh gua juga menggunakan spoon Bakau, spoon ekonomi yang efektif

Selat yang tergoda dengan umpan cacing

Lais ini cuba memakan umpan perut ayam yang lebih panjang dari badannya sendiri

Sebarau terakhir yang menyambar 3D popper milik Syahrul  

Close-up sebarau bersama gewang lagenda Yozuri 3D popper





This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left