Thursday, June 30, 2011

Haruan Makan Potato

Pernah dengar haruan makan potato atau dalam bahasa melayunya ubi kentang?

Ini kisah benar bukan cerita dari Tamar Jalis dan datuknya. Baru-baru ni membe gua, Iwe pergi memancing. Beliau memancing menggunakan umpan 'potato' dan tanpa disangka berjaya membuka selera seekor haruan untuk memakannya. Pelik tapi benar!!!

Inilah 'potato' yang ditelan haruan tersebut. Eupro 'potato' Frog.

Mr Bean, Mr Potato & Mr Channa.

Haruan dengan senjata pembunuh Iwe.

Monday, June 27, 2011

Jelajah Tumpat Part II

Iwe, Epi dan gua sendiri sekali lagi melakukan misi penjelajahan di sekitar Tumpat demi mencari spot-spot baru pancingan yang berpotensi. Hasilnya, beberapa spot yang dilihat berpotensi berjaya ditemui namun belum dapat dibuktikan sepenuhnya lagi akibat daripada hujan lebat yang turun secara tiba-tiba. Sepanjang misi ini, hanya seekor haruan (channa striata) berjaya ditewaskan.

Spot pertama. Seekor haruan berjaya ditewaskan di sini manakala dua lagi rabut.
 
Haruan dan gewang keramat, Eupro Superior Frog.

Deburan dan bunyi semasa haruan ini menyambar gewang permukaan begitu mengujakan.

Silau...silau!!

Epi lucut seekor haruan di sini setelah haruan berjaya menyelinap ke dalam gumpalan samai.

Banyak aktiviti ikan bermain air di sini namun tiada sambaran diterima.

Bersedia untuk menyentap jika ada sambaran.

Di sini dipercayai terdapat sebarau yang terperangkap semasa air banjir kerana  kolam ini terletak bersebelahan dengan sungai Golok. 

Kayu-kayu tumbang menjadi bunglow istimewa buat spesies snakehead. 

Spot terakhir yang kami cuba. Wujud deburan-deburan kuat berkemungkinan dari sang toman.

Haruan Wakaf Bharu

Komplot gua dan Iwe di sebuah tali air di kawasan Wakaf Bharu berjaya menewaskan seekor haruan. Haruan yang agak gemuk ini ditewaskan oleh Iwe menggunakan janggut atau spinnerbait. Pemburuan haruan diteruskan selepas haruan pertama ini ditewaskan namun hanya sambaran sahaja diterima. Mungkin nasib tidak menyebelahi kami. 'Till next time Mr. Channa'

Parit yang kami gempur.
 
Karauan selari dengan rumput menggunakan janggut berjaya membuka selera haruan ini yang semestinya sedang menanti  mangsanya di celah rimbunan rumput.

Iwe tersenyum dengan tertewasnya haruan tunggal komplot  ini.

Haruan yang sedikit gemuk ini berukuran 40cm panjang.

Sunday, June 26, 2011

Siakap Bertukar Haruan

Gua dan Iwe ke Besut untuk memburu siakap setelah mendapat maklumat tentang lokasi daripada seorang sahabat. Spot pancingan siakap ini sebenarnya terdiri daripada kolam-kolam tinggal yang digali untuk tujuan pembinaan namun kehadiran siakap di dalamnya tidak dapat dipastikan dari mana.

Semasa tiba di lokasi, gua amati tempat tersebut seolah-olah tidak logik untuk dihuni oleh sang siakap kerana kolam ini tidak mempunyai akses keluar masuk atau sambungan dengan mana-mana sungai atau parit berhampiran. Di dalamnya pula dipenuhi dengan samai yang agak padat.

Sementara Iwe meneruskan usaha untuk memburu si siakap, gua menukar misi dari memburu siakap kepada memburu haruan kerana lokasi tersebut didapati lebih sesuai sebagai tempat kediaman sang haruan berbanding siakap. Akhirnya, 6 ekor haruan curut berjaya gua tewaskan manakala seekor oleh Iwe yang turut memburu haruan setelah usaha untuk menjerat siakap gagal.

Namun demikian, kehadiran siakap di dalam kolam itu tidak dapat disangkalkan dengan bukti-bukti lisan daripada beberapa orang penduduk tempatan yang kami temui. Kebanyakan mereka akan bercerita tentang siakap-siakap gadang yang pernah dinaikkan oleh pemancing-pemancing tempatan dan pekerja 'bangla' di kawasan tersebut. Bukti ini menjadi semangat buat kami untuk meneruskan usaha memburu siakap di kolam ini lagi di lain masa.


Sempat 'bermain' dengan 'pok kor' sebelum memancing.

Sempat singgah di Semerak melihat pemancing tempatan memancing.

Di sini juga menjadi santuari bagi siakap dan siakap merah.

Inilah kolam yang kami gempur pada misi kali ini.

Ikan haruan pertama yang membuatkan gua tidak lagi fokus kepada siakap sebaliknya asyik dengan spesies kepala ular ini. 

Haruan kecil ini begitu rakus sambarannya sehingga matakail mengenai matanya.
Haruan terbesar trip namun masih bergelar 'curut'.

Miss kali pertama tetapi masih menyambar untuk kali kedua.

Haruan ini pula menyambar ketika karauan dibuat semasa tali tersangkut pada hujung ranting sebatang pokok yang berjuntai di tepi kolam. 

Haruan terakhir. Cukup seronok melayan haruan-haruan ini semua walaupun misi utama memburu siakap gagal sepenuhnya. 

Friday, June 24, 2011

Misi Jelajah Tumpat

Misi jelajah sekitar jajahan Tumpat berjaya menemukan dengan beberapa spot pancingan yang berpotensi dan dipercayai dihuni oleh haruan-haruan gadang. Pada misi kali ini hanya dua ekor haruan (channa striata) berjaya ditewaskan, seekor oleh gua sendiri manakala seekor lagi oleh sahabat gua, Iwe Ridzuan. Namun begitu, bilangan yang ‘miss’ sambaran serta rabut semasa berlawan tidak terkira. Misi susulan untuk membalas dendam bakal menyusul.


Sepanjang parit ini banyak sambaran diterima namun banyak yang miss berkemungkinan dari si curut.

Tempat persembunyian yang ideal bagi spesies 'snakehead' untuk menyerang hendap mangsanya.

Bujuk juga dipercayai menjadi penghuni di parit ini.

Haruan sulung trip menggunakan gewang katak favorite, Eupro Superior. 

Sejenis mengkarung atau panggilan tempatannya 'pok kor'

'Blossom water lily'

Penduduk tempatan yang berbangsa siam kelantan juga agak ramai turun memancing.

Iwe sedang menukar tali kepada poundage yang lebih kasar untuk serangan pada sebelah petang.

Tekun menanti sambaran.

Akhirnya usaha Iwe berbaloi apabila dihadiahkan dengan seekor haruan seberat 0.65 kg menggunakan janggut.

Solid hook-up!

35 cm panjang.

Lubuk di mana Iwe berjaya menewaskan haruan beliau. Dipercayai masih banyak 'monster' bersarang di dalamnya.

Sempat mencuba sebarau walaupun air agak rendah dan keruh.

Thursday, June 23, 2011

Ke Mana Menghilang Toman Empangan Bukit Kwong?

Trip menjejak toman Empangan Bukit Kwong menemui jalan buntu. Setiap ceruk empangan di hayun gewang bagi memujuk sang toman namun kelibat pun tidak kelihatan. Sekali sekala ada sentuhan manja dari si penghuni ke atas gewang namun tidak dapat dipastikan apakah spesiesnya. Begitulah rentetan peristiwa yang berlaku semasa kunjungan kami di Empangan Bukit Kwong yang terdiri daripada gua sendiri, Iwe Ridzuan, Mad (Kurt Ading), dan Epi (Arashi Rindu Dia).

Suatu ketika dulu Empangan Bukit Kwong begitu gah dengan cerita sensasi toman-toman gadangnya. Cerita dari ayah gua sendiri yang menjadi bukti. Beliau dan rakan-rakan akan ke sana setiap hujung minggu. Bukan untuk memancing tapi untuk menembak. Toman seberat 5 kg ke atas selalu menjadi habuan mereka.

Tetapi kini ke mana menghilang semua toman-toman di sini. Melalui cerita seorang penduduk tempatan yang kami temui semasa beristirehat di sebuah kedai, kegiatan menuba dan mengaran menjadi amalan penduduk di sini untuk menangkap ikan. Belum lagi di campur dengan aktiviti memukat dan merawai yang begitu berleluasa yang dapat kami saksikan sendiri semasa mengilat.

Kesimpulannya, itulah yang bakal berlaku terhadap mana-mana padang pancing yang tidak diselia dan dijaga dengan baik oleh penduduk setempat. Penduduk setempat seharusnya menyedari akibat negatif hasil daripada aktiviti menuba dan mengaran. Mereka sepatutnya bukan sahaja menghindari daripada mengamalkannya malah mengambil inisiatif untuk mencegahnya daripada berlaku di tempat mereka demi menjamin populasi ikan untuk jangka masa yang panjang. 





Empangan Bukit Kwong yang agak surut semasa kunjungan kami.

Termenung mengenang nasib kumpau.

Senyum yang dibuat-buat untuk menutup kekecewaan kumpau.

Survival training.

Hayunan yang ke-100.

Nak memancing ke berperang bang?

Senjata.

Bangkai kepala ikan haruan yang ditemui tinggalan penduduk setempat yang datang bermalam di sini.

Ikan terbul mati. Mungkin ditinggalkan di atas darat selepas di jala atau dipancing.

'Tawaf' tasik untuk menjejak toman.

Haruan besar ini ditemui mati terapung tanpa mengetahui puncanya. Mungkinkah terkena alat pengaran tetapi terlepas pandang oleh si pengaran?

Perjuangan diteruskan.

Lunch time.

Sambil makan sambil memikirkan strategi serangan seterusnya.

Beijing??

Sedang memujuk mama haruan. 

Sekali sangkut daa!!!

Port ini sebenarnya hanya terletak kira-kira kurang 50m dari Thailand. Hanya dipisahkan oleh sebatang sungai iaitu sungai   Golok.

Kembali ke empangan Bukit Kwong untuk meneruskan misi menjejak toman.

Akhirnya!!!Seekor haruan terpedaya dengan lenggokan gewang pensil yang pada mulanya disangkakan toman. Haruan ini ditewaskan oleh saudara Mad.

Selamat tinggal kawan!

This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left This line starts after some blank space at left
This line starts after some blank space at left